Suchi

ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Kehendak dan Izin-Nya, Galeri Muslim dapat mengeluarkan satu lagi jenama yang diberi nama SUCHI.

SUCHI adalah Kosmetik Haji Umrah yang terdiri dari Lotion, Body Wash, Lip Balm, Heel Balm, Syampu & Perapi, Lotion B’Fit dan Lotion SPF25. Kesemuanya diperkaya dengan minyak zaitun yang telah terbukti dari zaman dahulu hingga kini sebagai bahan yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan. Kita memilih minyak zaitun kerana khasiat yang terkandung di dalamnya sangat banyak. Bukan sahaja untuk pemakanan, tetapi juga untuk kulit.

Minyak zaitun boleh menjadi agen pelembap untuk kulit. Untuk pengetahuan anda, cuaca di Tanah Suci adalah sangat kering walaupun dalam musim sejuk apatah lagi musim panas. Cuaca di sana sangat berbeza dengan cuaca di Malaysia iaitu lembap sepanjang tahun. Jadi, untuk memastikan anda selesa ketika mengerjakan Umrah atau Haji, maka anda harus memakai kosmetik haji umrah.

Selain minyak zaitun, SUCHI juga diperkaya dengan Peppermint, Aloevera, Beeswax, Cajeputi, Sunflower Oil dan pelbagai lagi ekstrak – ekstrak semulajadi. Kesemua ini mengandungi khasiat yang tersendiri dan SUCHI telah mendapat kelulusan KKM dan telah terbukti selamat untuk digunakan.

Dari segi harga, kami letakkan harga mampu milik khas untukJemaah Haji dan Umrah kerana kami sangat memahami akan situasi Jemaah. Ini kerana, kami berpengalaman dalam menjual kelengkapan haji umrah di Galeri Muslim sejak dari tahun 2012 lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *