5 Tips Umrah Musim Sejuk Penting Untuk Wanita

Assalamualaikum. Anda bakal menunaikan UMRAH musim sejuk? Ini tips umrah untuk anda.

Tahniah GALERI MUSLIM ucapkan kerana anda telah dijemput menjadi tetamu-Nya.

Ini adalah 5 tips penting yang akan membantu anda menunaikan Umrah dengan senang dan selesa.

  • Jubah seluar

Ini adalah antara tips yg penting untuk jemaah umrah. Ramai jemaah yang memilih untuk memakai jubah seluar kerana ianya memudahkan pergerakan terutama ketika tawaf dan saie. Selain itu, ketika melawat jabal rahmah, jemaah akan memanjat bukit dan jubah seluar akan membantu anda memudahkan pergerakan. Belilah jubah seluar berwarna putih atau hitam.

  • Spray wudhu’

Spray wudhu adik beradik kepada uncang kasut. Kenapa? Kerana mereka mesti sentiasa bersama. Nanti saya ceritakan tentang uncang kasut. Spray wudhu’ sangat penting kerana anda akan mengalami kesukaran apabila anda terbatal wudhu’ terutamanya selepas masuk masjid. Ini kerana tempat berwudhu’ adalah sangat jauh dan berkemungkinan anda tidak dapat memasuki semula di dalam masjid kerana ramai orang.

  • Uncang kasut

Tips umrah seterusnya adalah uncang kasut. Uncang kasut sangat penting kerana ianya dapat membawa selipar anda tanpa mengotorkan masjid. Letak sahaja selipar anda di dalam uncang dan bawa ke mana mana sahaja anda suka di dalam masjid. Jangan lupa letak spray wudhu’ sekali ya di dalam uncang kasut.

  • Kasut tawaf/ stokin tawaf

Ini adalah antara barangan penting di bawa bersama. Tips dari Galeri Muslim adalah bawa kasut tawaf yang mempunyai STOPPER/GETAH di bawah tapak untuk mengelakkan anda dari tergelincir/ terjatuh ketika tawaf dan saie. Kasut tawaf selalunya FREE SIZE dan tidak mahal. Bawalah 2 pasang ke sana.

  • Tudung Labuh

Tudung labuh mesti dipakai semasa di sana. Di sana saya tidak nampak jemaah memakai tudung yang pendek. Ini kerana jemaah menghormati tanah suci dan bersedia memberikan fokus yang maksimum terhadap ibadah. Saya cadangkan bawa 3 pasang tudung labuh semasa di sana. Di galeri muslim, ada offer tudung labuh 3 pcs RM100 tau. Pelbagai warna dan size ada di sini.

GALERI MUSLIM – KEDAI KELENGKAPAN HAJI UMRAH YANG TERBESAR DI NEGERI SEMBILAN.

Semuanya ada di sini dan anda tidak perlu pergi banyak tempat. Jimat masa dan jimat duit.

Klik lokasi untuk lokasi kedai.

Kunjungi,

GALERI MUSLIM

No.361, Jalan Bandar Senawang 1,
Pusat Bandar Senawang,
70450 Seremban, NSDK.

  • +6017-2292725

Kedai di buka setiap hari

  • 10am- 10pm

Landmark – Bank Islam Senawang
Waze- Galeri Muslim

Tagged , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *