Kesalahan Semasa Umrah yang Sering Dilakukan

kesalahan semasa umrah

Berpeluang mengerjakan Umrah dan menjadi tetamu Allah S.W.T merupakan impian setiap umat Islam di muka bumi ini. Sudah tentu kesemua para jemaah yang datang berharap untuk mendapat umrah yang mabrur dan sempurna apabila pulang semula ke negara masing-masing. Namun begitu, terdapat beberapa kesalahan semasa umrah yang sering dilakukan para jemaah kerana dilihat remeh akan tetapi akan hanya menghampakan harapan anda sendiri. Bukan itu sahaja, anda turut perlu membayar dam akibat kesalahan “kecil” ini.

Berikut merupakan kesalahan semasa umrah yang mungkin anda akan lakukan:

1. Niat

Wanita Haid Tidak Berniat di Miqat

  • Wanita haid tidak berniat di miqat atas salah faham bahawa diri perlu suci untuk berniat akan tetapi hukum membolehkannya.
  • Terdapat dua hadis yang disandarkan bersama isu ini:

Hadis yang meriwayatkan semasa dalam perjalanan untuk menunaikan haji Aisyah r.a. didatangi haid. Baginda SAW bersabda: “Engkau buatlah perkara-perkara yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali engkau jangan melakukan tawaf di Baitullah sehingga engkau suci,”

Hadis riwayat Jabir yang menceritakan bahawa Asmak binti Umais (isteri Abu Bakar r.a.) melahirkan Muhammad bin Abi Bakar (ketika singgah di Dzial-Hulaifah untuk mengerjakan haji wadak). Asmak mengutus kepada Rasulullah SAW bertanya bagaimana caranya dia mengerjakan haji? Baginda mengarahkannya mandi dan membalut kemaluan dengan kain kemudian berniat,” - Riwayat al-Nasaie.

Niat Ihram Tanpa Memakai Pakaian Ihram

Ada beberapa situasi bagi kesalahan umrah ini. 

    a. Tidak memakai pakaian Ihram semasa niat. Niatnya sah dan tidak dikenakan dam tetapi perlu memakai pakaian Ihram sejurus selepas niat.

    b. Sengaja memakai pakaian berjahit dan tidak menukarnya sehingga melepasi miqat. Niat masih sah tetapi perlu membayar dam Takhyir dan Takdir.

    c. Tidak sengaja memakai tidak tahu mengenai hukum dan tiada yang menegur. Tidak dikenakan apa-apa atas sebab tidak mengetahui. Perlu terus menukar sejurus mengetahui.

Niat Ihram Bersyarat Sewaktu Haid

Bagi situasi ini, terdapat segelintir jemaah wanita yang niat bersyarat setelah didatangi haid dengan lafaz “sekiranya aku didatangi haid aku akan jadi halal”. Sebelum itu, mari kita fahami apa itu niat bersyarat.

Niat bersyarat bertujuan meletakkan syarat ke atas ibadah yang akan dilakukan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan akan memudaradkan. Dalam kes ini, jika wanita itu didatangi haid ketika mengerjakan ibadah umrah maka secara langsung ia akan terlepas daripada segala larangan ihram. Hal ini bersandarkan kepada hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Dubaah binti al-Zubair berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku seorang yang sakit (berat badan) dan aku hendak menunaikan haji. Bagaimana caranya engkau menyuruh aku berniat? Baginda SAW bersabda: Engkau berniatlah dengan bersyarat, sekiranya sakitku menghalangku (daripada mengerjakan haji) aku menjadi halal,”

Dalam situasi ini, wanita tersebut mengucapkan lafaz tersebut ketika sudahpun haid sedangkan di dalam lafaz tersebut disebutkan “sekiranya” bermaksud perkara yang mungkin akan berlaku dan bukan sudah berlaku. Oleh itu, mereka yang berada di dalam situasi ini masih kekal di dalam Ihram dan perlu menyambung ibadah umrah apabila telah suci.

2. Tawaf

  • Tawaf di dalam kawasan Hijr Ismail atau menyentuhnya semasa tawaf. Mengikut syarat sah tawaf, para jemaah wajib untuk melakukan tawaf di luar binaan Kaabah yang turut merangkumi Syazarawan dan Hijr Ismail.
  • Mengikut mazhab Syafie, tawaf sudah terbatal dengan hanya memegang atau menyentuh Hijr Ismail.

kesalahan semasa umrah

  • Ketika melambai tangan dihadapan Hajarul Aswad pada setiap pusingan tawaf, bahu kiri terpesong tanpa membetulkannya.
  • Bahu kiri tidak menghadap Baitullah apabila menoleh kebelakang mencari orang atau melakukan perkara yang menyebabkan bahu beralih.
  • Tidak melengkapkan tawaf dengan sempurna tanpa kembali semula ke tempat bermulanya tawaf.
  • Berubah niat ketika bertawaf. Perlu ulang semula pusingan tawaf yang terbatal.
  • Melakukan “Selfie” ketika tawaf.
  • Bagi wanita, aurat terbuka apabila lengan tersingsing ketika asyik membaca doa tawaf daripada buku dan juga ketika istilam di hajarul aswad.

3. Saei

  • Meminum air Zam-Zam ketika sedang bersaei atau mengejar rakan ketika bersaei. Niat untuk bersaei telah berubah dan perlu berpatah balik ke tempat niat berubah.
  • Tidak sempurna pusingan saei dari hujung ke hujung.

4. Lain-Lain

  • Wanita memakai stokin atau seluar yang jarang.
  • Tidak menutup aurat dengan sempurana terutamanya di kawasan rambut.
  • Mendukung anak kecil yang memakai lampin dan bernajis.
  • Pergi mencukur di kedai – kebanyakan kedai menggunakan sabun pewangi dan ini adalah diharamkan ketika ihram. Lebih baik bercukur sendiri dan selesaikan selebihnya setelah habis ihram.
  • Menggunakan produk-produk yang mengandungi pewangi seperti deodoran, krim-krim yang mengandungi pewangi dan sebagainya.

PERHATIAN! Sila jangan bawa kegunaan harian seperti sabun, syampu dan deodoran untuk digunakan ketika umrah. Hal ini kerana, produk-produk ini mengandungi pewangi dan akan melanggar syarat sah ihram.

Jika anda mencari produk-produk tersebut yang boleh dibawa ketika ihram, kami mencadangkan anda membeli produk-produk keluaran SUCHI yang telah disahkan sebagai SAH IHRAM oleh Mantan Timbalan Mufti Negeri Sembilan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web rasmi SUCHI di sini -> https://suchiofficial.com/ 

kesalahan semasa umrah

Kesimpulannya, mendapat umrah yang mabrur merupakan impian setiap umat islam di muka bumi ini. Namun begitu, impian itu tidak dapat terlaksana akibat kesalahan semasa umrah yang dipandang ringan. Diharapkan dengan posting kesalahan semasa umrah ini dapat membantu dan memberi peringatan kepada para jemaah supaya sentiasa teliti dan berhati-hati ketika melakukan ibadah untuk memastikan kita dapat melakukan ibadah umrah yang berkualiti dan bukan sekadarnya. Semoga semua urusan tuan-tuan dan puan-puan dipermudahkan dan diterima oleh Allah S.W.T.

Rujukan:-

Kesalahan, Kesilapan Semasa Haji dan Umrah. Retrieved from http://www.utusan.com.my/mega/agama/kesalahan-kesilapan-semasa-haji-dan-umrah-1.479955

Kesalahan Semasa Mengerjakan Umrah Yang Popular. Retrieved from https://www.facebook.com/baranganhajiumrah/posts/kesalahan-semasa-mengerjakan-umrah-yg-popularkesalahan-tawaf-tawaf-selalunya-kit/557392354295216/

Panduan Umrah : Apakah 16 Kesilapan Yang Selalu Jemaah Lakukan Semasa Melakukan Tawaf? Retrieved from https://www.facebook.com/muhamadshauqihasan/posts/panduan-umrah-apakah-16-kesilapan-yang-selalu-jemaah-lakukan-semasa-melakukan-ta/2016487461953186/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *