Ruangan Untuk Disewa

Kini, kita terlalu sibuk untuk merancang dan melaksanakan program yang memberi manfaat kepada komuniti. Kemudahan lokasi untuk menganjurkan program ilmiah seperti ini juga semestinya memerlukan belanja yang besar dalam menyewa tapak ataupun dewan.

Oleh itu, Galeri Muslim yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan kini membuka ruangan khas untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti kuliah Dhuha, Kelas agama, Kelas mengaji dan juga bilik seminar. Ruangan khas ini sememangnya sesuai untuk aktiviti yang berkonsepkan religi dan kemasyarakatan.

Berkelengkapan dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, surau dan tandas, parkir yang luas semestinya percuma, Galeri Muslim menjanjikan sebuah perkhidmatan yang selesa dan memuaskan kepada semua pengguna. Kuliah Dhuha, kelas agama dan mengaji serta bilik seminar yang besar dan luas dijamin akan memberikan sebuah kondisi yang nyaman dan kondusif.

Berada di Pusat Bandar Senawang yang mudah diakses melalui jaringan transportasi tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan juga bas, sememangnya memberi potensi besar kepada penganjur untuk menarik ramai peserta. Aktiviti seperti Kuliah Dhuha, Kelas Agama juga Mengaji dilihat boleh menarik perhatian komuniti di sekitar kawasan ini untuk menyertainya.

Selain itu, Galeri Muslim juga turut menyediakan PA Sistem serta meja dan kerusi bagi kegunaan penyewa yang boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti seperti kelas tambahan dan juga seminar.

Semua kemudahan dan tawaran ini boleh didapati dengan harga yang sememangnya cukup istimewa dan berpatutan, sesuai dengan konsep Galeri Muslim yang ingin membantu dalam pembangunan komuniti.

Tempah segera, jangan terlambat! Sebarang tempahan dan pertanyaan, anda boleh menghubungi Galeri Muslim di talian +6018-2904671. Kami nantikan panggilan anda!

Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *