Galeri Muslim – Kedai Umrah Terlengkap di Senawang

Assalamualaikum semua bakal jemaah Umrah,

Tahniah diucapkan kepada anda yang bakal mengerjakan Umrah tidak lama lagi.

Semoga peluang ini digunakan sebaik mungkin supaya ibadah Umrah kali ini diterima oleh-Nya.

Adakah anda sudah bersedia untuk ke Tanah Suci?

Persediaan bukanlah dari segi rohani sahaja, tetapi juga persediaan barang keperluan seperti kain ihram dan sebagainya.

Persediaan barangan juga bergantung mengikut musim. Tahukah anda di Tanah Suci ada 2 musim iaitu musim panas dan musim sejuk TAPI cuaca di tanah suci adalah KERING.

Walaupun pada musim sejuk, cuaca di sana tetap kering. Sama dengan ketika musim panas.

Antara tips Umrah musim sejuk adalah membawa 2 pasang kain ihram yang tebal bagi lelaki dan kasut tawaf tebal bagi wanita.

Ada banyak lagi yang kami ingin kongsikan dengan anda secara PERCUMA.

Di GALERI MUSLIM SENAWANG, kami akan kongsikan pengalaman kami semasa di Tanah Suci.

Untuk anda yang baru pertama kali menunaikan Umrah, di GALERI MUSLIM kami ada menyediakan senarai kelengkapan umrah secara PERCUMA. Kami juga boleh memberikan khidmat nasihat kepada anda dan keluarga anda.

Jika anda sibuk bekerja pada hari biasa, boleh kunjungi Galeri Muslim pada hari sabtu dan ahad memandangkan kedai kami sentiasa terbuka khas untuk anda.

GALERI MUSLIM

361, Jalan Bandar Senawang 1,

Pusat Bandar Senawang,

70450 Seremban, NSDK.

017-2292 725

Di buka setiap hari

10 am – 10 pm

sdr

Tagged , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *